suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakistan Henti Sementara Pesawat ATR Susulan Nahas

Pesawat jenis ATR Pakistan International Airlines terhempas pada Rabu lalu, mengakibatkan kesemua 47 orang maut. Foto EPA

ISLAMABAD: Syarikat penerbangan nasional Pakistan menghentikan sementara penggunaan 10 pesawat ATR turboprop buatan Perancis pada Isnin selepas nahas minggu lalu yang mengorbankan 47 orang, dan pesawat kedua yang dilaporkan mengalami isu teknikal sejurus selepas berlepas.

Pesawat 661 Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di kawasan lereng bukit di utara negara itu dalam penerbangannya dari bandar Chitral ke ibu negara Islamabad pada Rabu lalu.

Syarikat penerbangan itu memberitahu bahawa salah satu daripada dua enjin turboprop pesawat berkenaan gagal berfungsi.

Sebuah lagi pesawat ATR PIA berdepan dengan isu teknikal pada Ahad sejurus selepas ia berlepas dari bandar Multan untuk ke Karachi, dan dipanggil semula untuk kawasan letak pesawat.

PIA kemudiannya menafikan laporan media bahawa salah satu enjin pesawat itu terbakar.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, pesawat berkenaan kini menjalani pemeriksaan susulan dua insiden yang berlaku.

Jurucakap PIA, Danyal Gilani dalam satu kenyataan berkata: "Berikutan keputusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam untuk melakukan pemeriksaan terhadap semua pesawat ATR milik PIA, ia memutuskan untuk menghentikan penggunaan 10 pesawat ATR sehingga pemeriksaan selesai." - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain