suria

Qantas Tawar Penerbangan Terus Dari Australia Ke London

SYDNEY: Qantas merancang untuk mengendalikan penerbangan tanpa henti dari Perth ke London, perkhidmatan penumpang pertama di dunia yang menghubungkan Australia secara terus ke Eropah.

Usaha itu amat dialu-alukan oleh kumpulan-kumpulan pelancongan, Isnin.

Syarikat penerbangan ini akan menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner untuk perjalanan selama 17 jam, kira-kira 70 tahun selepas ia mula terbang ke London dengan penerbangan asal mengambil masa empat hari dengan sembilan hentian.

"Ini merupakan satu perubahan laluan yang dilakukan oleh pesawat yang mahu melakukan perubahan. Australia tidak pernah mempunyai laluan terus ke Eropah sebelum ini, jadi peluang yang dibuka ini adalah besar," kata Ketua Eksekutif Alan Joyce.

"Ia adalah satu berita baik untuk pelancong kerana ia akan membuatkan perjalanan ke London lebih mudah. Ia juga merupakan satu berita baik untuk penduduk di Australia Barat kerana ia akan menawarkan manfaat pekerjaan dan pelancongan.

"Dan ia adalah berita baik untuk negara, kerana ia akan mendekatkan kami dengan salah satu daripada rakan perdagangan terbesar kami dan sumber pengunjung."

Penerbangan itu adalah salah satu penerbangan dengan masa terbang paling panjang di dunia dan paling lama untuk pesawat Dreamliner.

Ketua Majlis Pelancongan Australia Barat Evan Hall berkata beliau menjangkakan laluan itu bakal membawa manfaat besar.

"Ia akan membuka pasaran baharu untuk mereka yang akan datang ke Perth buat kali pertama," katanya sambil menggesa pihak berkuasa memastikan pengalaman terbaik untuk pelancong.

Tiket-tiket untuk perkhidmatan ini akan mula dijual pada April tahun depan, dengan penerbangan pertama dijadualkan pada Mac 2018.
Qantas, Perth-London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain