suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Kewangan New Zealand Dipilih Jadi Perdana Menteri

Bill English
WELLINGTON: Menteri Kewangan New Zealand, Bill English disahkan menjadi perdana menteri baharu negara ini pada Isnin.

Pengumuman ini adalah seperti yang dijangkakan, seminggu selepas John Key yang memegang peranan itu selama lapan tahun mengumumkan peletakan jawatannya secara mengecut.


English, yang merupakan pencabar tunggal untuk jawatan itu, mengumumkan Menteri Perumahan Sosial Paula Bennett sebagai pemimpin timbalan, berikutan mesyuarat kaukus khas parti politik pertengahan kanan yang memerintah, Parti Nasional.

English, yang akan mengangkat sumpah kemudian pada hari ini, telah menyenaraikan menteri kanan kabinet, Menteri bagi Pembangunan Ekonomi, Steven Joyce, untuk menggantikan beliau di Kementerian Kewangan.

Beliau dijangka mengumumkan perubahan kabinet selanjutnya dalam masa beberapa minggu akan datang.

"Saya teruja dan dengan rasa rendah diri mengambil peluang ini," kata English kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau berasal dari keluarga Katolik konservatif di selatan New Zealand.

English, telah membentuk ekonomi New Zealand dengan baik berbanding kebanyakan negara maju.

English sebelum ini telah memegang beberapa jawatan menteri termasuklah pendidikan, kesihatan dan kewangan sejak beliau menyertai Parlimen pada tahun 1990.

Artikel Lain