suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Wanita Cuba Bom Istana Presiden Indonesia

JAKARTA: Seorang wanita ditahan oleh polis anti-keganasan Indonesia bersama bom buatan sendiri dan telah merancang untuk menyerang Istana Merdeka di Jakarta pada Ahad.

Suspek ditahan di Bekasi, Jawa Barat pada Sabtu.

Polis berkata, suspek wanita, yang hanya dikenali dengan singkatan DYN diberi bom seberat 3 kilogram oleh dua suspek lain untuk melakukan pengeboman di ibu negara.

Jurucakap polis Jakarta Awi Setiyono memberitahu pemberita,  DYN, yang dirujuk sebagai "pengantin", telah menghantar surat selamat tinggal kepada keluarganya.

"Polis bagaimanapun berjaya memintas surat kepada ibu bapanya," jelasnya.

Pengantin digunakan secara meluas di kalangan militan untuk menggambarkan orang yang mati syahid. DYN berusia 27 tahun, dipercayai dari Cirebon, Jawa Barat.

Awi berkata, bom itu dibawa oleh DYN ke Bekasi dari Solo dengan bantuan dua lelaki yang dikenali sebagai MNS dan AS.

Kedua-dua suspek lelaki itu telah ditahan oleh unit Detachment 88 (Densus 88) di jambatan Kalimalang, Jakarta Timur, pada 3.40 petang Sabtu.

10 minit kemudian, DYN pula ditahan di sebuah rumah tumpangan di Bekasi.

Artikel Lain