suria

Letupan Selepas Perlawanan Bola Sepak, 29 Terbunuh

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 29 terbunuh manakala yang lain cedera selepas berlaku dua letupan di luar Stadium Arena Vodafone di sini pada Sabtu.

Pihak berkuasa Turki berkata, letupan itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Liga Turki antara Besiktas menentang Bursaspor.

Letupan pertama dipercayai berpunca daripada bom kereta manakala serangan kedua didakwa angkara pengebom berani mati.

Letupan pertama berlaku di laluan keluar penonton makanala satu lagi di Taman Macka yang terletak berhampiran stadium.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata, dalam letupan selepas perlawanan melibatkan dua pasukan utama Turki itu, seramai 166 orang dilaporkan cedera.

Katanya, tiada pihak militan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

"Sebuah bom kereta diletupkan berhampiran kawasan polis mengawal penyokong Bursaspor keluar dari stadium manakala yang keduanya dikesan angkara pengebom berani mati.

"Kita masih belum mendapat sebrang maklumat mengenai serangan ini dan berharap ia tidak akan berulang lagi," jelasnya.

Sementara itu skuad tuan rumah, Besiktas mengutuk keras tindakan meletupkan bom di luar stadium berkenaan. - AP

Turki, Besiktas, Bom

Artikel Berikut

Artikel Lain