suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Filipina Teliti Laporan Tiga Suspek Ditembak Mati

ZAMBOANGA CITY: Tentera Filipina pada Jumaat berkata, ia masih meneliti laporan mengenai tiga suspek rakyatnya terlibat dalam kes penculikan di Sabah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa pada Khamis.

Jurucakap pusat kawalan Tentera Barat Mindanao, Mejar Filemon Tan Jr berkata, mereka masih belum mengesahkan mengenai insiden yang dilaporkan berlaku di Darvel Bay di Pulau Bodgaya di Semporna.

Dilaporkan tiga lagi warga Filipina ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai kumpulan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Dalam pada itu, identiti atau pakatan suspek masih belum dikenal pasti. 

Bagaimanapun setakat ini hanya kumpulan militan Abu Sayyaf yang melakukan pencerobohan di Malaysia bagi mendapatkan mangsa untuk diculik. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

California Utara Bergegar 15 Saat

Artikel Lain