suria

California Utara Bergegar 15 Saat

SAN FRANCISCO: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda perairan pantai California Utara, bagaimanapun tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini.

Gempa itu berpusat di Lautan Pasifik kira-kira 165 kilometers (km) di barat Ferndale, California, pada kedalaman 10 km, demikian menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Kawasan pesisir pantai berdekatan pusat gempa adalah kawasan yang tidak padat penduduknya.

Tiada amaran tsumani dikeluarkan, sama ada nasihat atau amaran susulan gempa berkenaan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam laman webnya.

Di Ferndale, yang hanya mempunyai penduduk kira-kira 1,300 orang, Datuk Bandarnya, Don Hindley berkata setakat ini beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kesan kerosakan akibat gempa itu.

Beliau bagaimanapun berkata merasai gegaran kira-kira 15 saat.

"Ia tidaklah seburuk sangat," katanya yang mengakui merasai gegaran kira-kira 15 saat.

Pada Isnin lalu, Ferndale digegarkan dengan gempa 4.3 magnitud. - AFP


California Utara, gempa

Artikel Lain