suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parlimen Korea Selatan Dakwa Presiden Park

Park Geun-Hye

SEOUL: Ahli Parlimen Korea Selatan pada Jumaat meluluskan usul bagi mendakwa Presiden Park Geun-Hye yang dikaitkan dengan skandal rasuah hingga mencetuskan protes jalanan secara besar-besaran.

Keputusan itu sekaligus melucutkan kuasa eksekutif yang dimilikinya selaku presiden.

Usul Dewan Negara yang diluluskan dengan 234 undi itu memindahkan kuasa Park kepada Perdana Menteri untuk sementara waktu.



Ia bagi menunggu keputusan oleh Mahkamah Perlembagaan sama ada untuk mengesahkan keputusan itu dan kekal menyingkirkan presiden dari kedudukannya.

"Saya umumkan bahawa usul untuk mendakwa Presiden Park Geun-Hye baru sahaja diluluskan.

"Sama ada anda menyokong atau menentangnya, semua Ahli Parlimen dan rakyat Korea Selatan mesti berasa sengsara dan berat di hati.

"Saya amat berharap bahawa tragedi ini tidak akan berulang lagi dalam sejarah perlembagaan kita," demikian menurut Speaker Chung Se-Kyun. -AFP

Park Geun-Hye, Korea Selatan

Artikel Sebelum

PBB Seru Suu Kyi Lawat Rakhine

Artikel Berikut

Artikel Lain