suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Tentera, Seorang Polis Pakistan Terbunuh Dalam Serangan

QUETTA, Pakistan: Tiga askar separa tentera dan seorang anggota polis terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke atas tentera di bandar ini pada Sabtu.

"Tiga askar separa tentera dan seorang anggota polis terbunuh manakala seorang pejalan kaki cedera dalam satu serangan ke atas tentera," kata pegawai polis tempatan Syed Zahid Hussain.

Kejadian itu turut disahkanb oleh jurucakap askar separa tentera tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan percaya kejadian dilakukan oloeh Tangkapan yang didakwa oleh puak Al-Alami kumpulan Lashkar-e-Jhangvi (LEJ).

Bulan lalu, kumpulan yang menjalinkan kerjasama dengan militan IS telah menyerbu sebuah kolej polis dan membunuh seramai 61 pelatih.

Kejadian itu adalah yang terburuk dalam sejarah Pakistan melibatkan pusat latihan anggota keselamatan.

Quetta merupakan wilayah bergolak dengan puak pemisah yang mempunyai perbezaan mazhab saling membunuh untuk menegakkan fahaman masing-masing. - AFP

Pakistan, Quetta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain