suria

Lelaki Myanmar Bakar Diri Di Bank Komanwel Melbourne

MELBOURNE: Seorang lelaki membakar dirinya di cawangan Bank Komanwel di Springvale di sini dikenal pasti sebagai warga Myanmar yang tiba di Australia menaiki bot pada 2013.

Selepas dibebaskan dari pusat tahanan, suspek terbabit dikatakan sedang menunggu Jabatan Imigresen menawarkan visa perlindungan sementara.

Inspektor polis, Jacqui Poida berkata, polis masih menyiasat motif kejadian itu dan terlalu awal untuk mengaitkan insiden berkenaan dengan keganasan. 

"Suspek berusia 21 tahun itu yang tinggal di Springvale, dibawa ke hospital di bawah kawalan pihak berkuasa," katanya.

Kejadian pada Jumaat itu menyebabkan tujuh mangsa melecur teruk iaitu empat lelaki dan seorang wanita juga dibawa ke hospital yang sama.

ABC News pula melaporkan 21 lagi turut cedera, termasuk kanak-kanak dan warga tua.

Sebahagian daripada mereka mengalami masalah pernafasan dalam kebakaran di cawangan Bank Komanwel Australia itu. 



Myanmar, Bank Komanwel, Melbourne

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain