suria

Empat Polis Maut Dalam Nahas Helikopter Terhempas

Empat mayat berjaya dikeluarkan dari serpihan helikopter tersebut.

EMPAT anggota polis maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Rio de Janeiro.

Dalam rakaman kemalangan itu, bunyi tembakan jelas didengari sebelum helikopter tersebut terhempas.

Helikopter tersebut dipercayai menghantar sekumpulan polis untuk operasi membanteras kumpulan penjenayah di kawasan tersebut.

Berlaku beberapa pertempuran antara polis dan kumpulan penjenayah yang beroperasi di kawasan itu pada hari kejadian.

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa daripada serpihan helikopter tersebut.

Jurucakap polis berkata pasukan forensik sedang meneliti serpihan helikopter untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Jika helikopter itu ditembak jatuh oleh kumpulan tersebut, ia bukan insiden pertama berlaku di bandar yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 itu.

Pada 2009, sindiket pengedar dadah melepaskan tembakan ke arah sebuah helikopter polis menyebabkan ia meletup dan terhempas di padang bola sepak.

Insiden keganasan semakin meningkat di Rio sejak dua tahun lalu susulan kegagalan program untuk membersihkan keldai dadah pada 2010.


Artikel Sebelum

Artikel Lain