suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serpihan Misteri Terhempas Di Lombong Jed Myanmar

YANGON: Serpihan berbentuk silinder yang dipercayai dari satelit China atau pesawat terhempas di kawasan perlombongan jed di utara Myanmar.

Objek sepanjang 4.5 meter dan berdiameter lebih satu meter itu jatuh di hartanah milik syarikat jed terkemuka di Hpakant yang terletak di Kachin.

Serpihan yang bersaiz kecil dengan tulisan Cina pula menembusi bumbung sebuah rumah di perkampungan berdekatan. 

Media tempatan, Global New Light melaporkan, bagaimanapun tiada penghuninya yang dilaporkan cedera.

"Objek logam itu dipercayai sebahagian satelit atau enjin pesawat atau peluru berpandu.

"Pihak berkuasa tempatan sedang memeriksa bagi mengesahkan perkara itu," demikian menurut media berkenaan.

Gambar yang diedarkan di media sosial menunjukkan beberapa serpihan peralatan beserta wayar pada objek silinder itu.

Penduduk setempat pula mengakui mendengar bunyi hentaman kuat sebelum objek logam itu terhempas dan melantun kira-kira 50 meter dari kawasan perlombongan itu sebelum jatuh di kawasan lumpur.

Kejadian itu berlaku pada hari sama media di China melaporkan Beijing melancarkan satelitnya ke angkasa.

"Ia tidak dapat disahkan samada penemuan objek di Kachin itu mempunyai kaitan dengan pelancaran satelit itu," lapor Global New Light.

Hpakant terletak di tengah kawasan industri jed Myanmar yang turut mendapat permintaan tinggi di negara jiran, China. -AFP

jed, Hpakant, Myanmar, satelit

Artikel Lain