suria

Usahawan Thailand Bunuh Anak, Cederakan Isteri & Diri Sendiri

AKIBAT tekanan kerana menanggung hutang, seorang pengusaha pusat peranginan di Thailand bertindak membunuh anaknya yang berusia tiga tahun.

Lelaki berusia 52 tahun itu juga menembak dirinya dan cuba membunuh isterinya, Patwipa, 37.

Kejadian berlaku di daerah Nakhon Ratchasima Muang pada Rabu malam.

Pasukan keselamatan yang mendapat maklumat berhubung kejadian itu tiba di lokasi pada kira-kira pukul 7.30 malam.

"Peerapat Ngam-kamon ditemui dengan kesan tembakan di belakang kepala sambil tangannya memegang pistol, manakala isterinya ditembak di bahu.

"Anak perempuan mereka bagaimanapun telah meninggal dunia dengan kesan tembakan kelihatan di kepala," kata pegawai polis di tempat kejadian.

Pasangan yang menetap di rumah mewah itu dibawa ke Hospital Maharat untuk menerima rawatan lanjut.

Peerapat memiliki pusat peranginan mewah di daerah Buri Ram Nang Rong, manakala cawangannya di daerah Lam Plai Mat.

Pasukan penyiasat percaya kejadian itu berlaku kerana Peerapat berdepan masalah kewangan yang serius sejak lima tahun lalu.

Usahawan itu disyaki membunuh anaknya sebelum cuba menembak isteri serta dirinya.

Peerapat Ngam-kamon, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain