suria

Pautan 'Haram Islam' Di Laman Web Kempen Trump Telah Dipadam

Donald Trump
NEW YORK: Beberapa cadangan paling kontroversi yang dibuat oleh Donald Trump ketika berkempen didapati telah 'hilang' dari laman web kempen beliau pada Khamis, termasuklah gesaan untuk mengharamkan orang Islam daripada memasuki negara ini dan janjinya untuk membatalkan Perjanjian Iklim Paris.

Pautan kepada cadangan bertarikh 7 Disember bertajuk: 'Kenyataan Donald J. Trump berhubung Mencegah Kemasukan Islam' di mana beliau menggesa 'penutupan menyeluruh dan sepenuhnya untuk orang Islam memasuki Amerika Syarikat' telah hilang, bersama-sama butiran tertentu seperti rancangan pembaharuan kawal selia ekonomi dan pertahanan.

Kempen Trump tidak memberi tindak balas terhadap pelbagai e-mel yang meminta komen mengenai perubahan laman web tersebut.

Pautan itu yang kini mengarahkan pembaca ke laman pengumpulan dana kempen, dilihat telah dikeluarkan sekitar hari pilihan raya pada Selasa, apabila Trump diumumkan sebagai pemenang, menurut sebuah laman web yang merekodkan paparan skrin laman web itu.

Ketika muncul di CNBC pada Khamis, Putera Arab Saudi Al-Waleed Talal memuji Trump yang telah mengeluarkan cadangan larangan itu dari laman web beliau dan juga berkata Trump telah memadam kenyataan menyinggung perasaan umat Islam dari akaun Twitternya.

Pada sidang media bersama Presiden Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Amerika-Arab, Samer Khalaf,  beliau berkata kumpulan itu masih bimbang tentang kesan dasar 'Trump kepada umat Islam.

"Kami berterima kasih kepada beliau kerana telah mengeluarkan kata-katanya," kata Khalaf, merujuk kepada cadangan larangan kemasukan umat Islam, 'tetapi tahukah anda, kata-kata adalah satu perkara yang sama sekali berbeza dengan tindakan.'

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain