suria

Taliban Disyaki Bakar Sekolah

Kesan serangan yang disyaki didalangi puak Taliban di sebuah sekolah di utara Afghanistan.

MAZAR-I-SHARIF: Sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki anggota puak Taliban membakar sebuah sekolah di sini dan memberi amaran supaya pelajar perempuan tidak dibenarkan masuk ke premis itu.

Keseluruhannya ada kira-kira 500 pelajar di sekolah berkenaan.

Pihak polis yang sedang menyiasat kejadian itu bagaimanapun menuduh Taliban mendalangi serangan ke atas  sekolah yang terletak di utara Afghanistan itu kerana cuba memperluaskan kedudukan mereka di seluruh negara.

"Lelaki bersenjata itu masuk ke bangunan sekolah pada jam 10 malam, membelasah pengawal keselamatan dan membakar kerusi dan buku dalam kelas.

"Mereka memberi amaran supaya pelajar perempuan tidak dibenarkan memasuki sekolah itu," kata jurucakap gabenor wilayah Jawzjan, Reza Ghafoori kepada AFP.

"Ini sudah tentu perbuatan Taliban. Mereka pernah melakukannya sebelum ini," kata Timbalan Ketua Polis wilayah Jawzjan, Abdul Hafiz Khasheh. - AFP

Taliban, Afghanistan, sekolah

Artikel Berikut

Artikel Lain