suria

PM Serbia Berdepan Ancaman Bunuh

BELGRADE: Pihak berkuasa Serbia merangka tindakan apabila mengesyaki ada pihak merancang membunuh Aleksandar Vucic susulan penemuan senjata dan pelancar roket berhampiran kediaman Perdana Menteri Serbia pro Eropah itu.

Siasatan mula dijalankan sebaik orang awam melaporkan penemuan sejumlah senjata dalam hutan berdekatan rumah Vucic di Jajinci, selatan Belgrade.

Menteri Dalam Negeri, Nebojsa Stefanovic tidak menolak ada pihak sedang merancang persiapan membunuh pemimpin berkenaan.

Berikutan itu, katanya, Vucic telah dibawa ke tempat lebih selamat untuk mengenal menjadi mangsa pihak berkenaan.

"Ada pelancar roket, empat bom tangan dan sejumlah besar peluru bagi raifal automatik 7.62 milimeter dan raifal penembak tepat 7.9 milimeter. "Apa yang membimbangkan adalah senjata itu ditemui beberapa puluh meter dari persimpangan ke rumah Perdana Menteri," katanya.

Bekas sekutu bekas Presiden Slobodan Milosevic berusia 46 tahun itu kerap menonjolkan semula dirinya sebagai tokoh pembaharuan pro-Kesatuan Eropah (EU). 

Serbia digegarkan dengan pembunuhan Perdana Menteri pro-EU, Zoran Djindjic, pada 2003.

Menteri Buruh dan veteran perang, Aleksandar Vulin menuntut perkhidmatan keselamatan dan perisikan memberikan jawapan mengenai siapa yang melakukan persediaan membunuh Vicic. - AFP

Serbia, Aleksandra Vucic, Belgrade

Artikel Sebelum

Taliban Disyaki Bakar Sekolah

Artikel Berikut

Artikel Lain