FBI Buka Semula Kes Emel Peribadi Clinton - Dunia | mStar

FBI Buka Semula Kes Emel Peribadi Clinton

Jennifer Lopez, Hillary Clinton (tengah) dan Marc Anthony bersama peda Konsert GOTV sebagai sokongan kepada calon Demokrat itu di Bayfront Park Amphitheatre, Miami, Florida pada Sabtu.

WASHINGTON: Kempen calon Demokrat, Hillary Clinton yang mendahului undian terganggu apabila Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membuka semula siasatan terhadap kes penggunaan pelayar emel peribadi sewaktu memegang jawatan Setiausaha Negara.

Sebelum ini, siasatan FBI yang tamat Julai lalu mendapati  tiada tindakan terhadap Clinton, cuma agensi penyiasatan itu mengakui calon presiden itu 'terlalu cuai' hingga mungkin menyebabkan maklumat negara terbongkar.

Bagaimanapun, Pengarah FBI, James Comey talah mengumumkan siasatan kini dibuka semula.

Perkara itu menyebabkan Clinton berang dan meminta Comey mendedahkan lebih banyak maklumat tentang siasatan itu.

Malahan, Clinton juga menyuarakan keyakinannya bahawa pengundi, malah pihak FBI sendiri akan tahu bahawa beliau tidak bersalah.

Calon Demokrat berusia 69 tahun itu, berpeluang menjadi presiden wanita pertama AS, jika menang pilihan raya pada 8 November ini. - Reuters


FBI , Hillary Clinton , Presiden

Artikel Sebelum

PM Serbia Berdepan Ancaman Bunuh

Artikel Berikut

Suspek Jual Tuala Wanita Palsu Ditahan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain