suria

44 Maut Militan Serang Akademi Polis Pakistan

QUETTA: Sekurang-kurangnya 44 terkorban dan ratusan lagi cedera dalam serangan militan di akademi polis Pakistan, Isnin.

Serangan di Kolej Polis Balochistan di barat daya negara itu yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandaraya ini bermula pukul 11.10 malam dengan tembakan dilepaskan untuk tempoh beberapa jam.

Menteri Dalam Negeri Wilayah Balochistan, Sarfaraz Bugti berkata, serangan itu didalangi tiga militan yang lengkap dengan jaket berisi bom.

"Mulanya mereka menyasarkan kawalan di menara jam dan selepas berbalas tembakan yang mengorbankan militan terlibat, pasukan polis Pakistan dapat memasuki kawasan akademi untuk membalas serangan," katanya.

Serangan kali ini merekodkan jumlah kematian ketiga tertinggi setakat ini di Pakistan dengan 44 maut, manakala 118 lain tercedera.

Sementera itu, operasi yang diketuai Mejar Jeneral Sher Afgan berkata, serangan balas terhadap militan itu berakhir selepas tiga jam.

Berdasarkan perbualan telefon yang dipantau, militan terlibat adalah anggota Al-Alimi yang juga kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi iaitu gabungan Taliban Pakistan.

"Militan berkenaan berhubung dengan pihak di Afghanistan," katanya. 

Bagaimanapun, setakat ini kumpulan berkenaan belum tampil menyatakan mereka bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Bugti berkata, ketika serangan berlaku, akademi itu menempatkan kira-kira 700 rekrut polis.

militan, Pakistan, Sarfaraz Bugti

Artikel Lain