suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan Tikus Untuk Kekal Hidup -Tebusan

KUMPULAN 26 tebusan yang dibebaskan oleh lanun Somalia bergambar bersama sebelum menaiki pesawat menuju ke Kenya pada 23 Oktober 2016. - AFP

NAIROBI: Seorang daripada 26 anak kapal yang dibebaskan kumpulan lanun Somalia pada Ahad mendedahkan, mereka terpaksa memakan apa sahaja untuk memastikan terus hidup sepanjang menjadi tebusan selama empat tahun.

Arnel Balbero memberitahu portal berita BBC, tikus merupakan antara makanan yang terpaksa dihadam oleh dia dan hanya diberikan sedikit air sahaja untuk dikongsikan bersama tahanan lain.

"Makan apa sahaja walaupun tidak suka dan jika berasa lapar kami akan makan tidak kira apa pun.

"Kami makan tikus dan memasaknya," kata Balbero yang menambah kumpulan lanun terbabit melayan mereka seperti haiwan.

Semua 26 krew kapal terbabit yang berasal dari Vietnam, Taiwan, Kemboja, Indonesia, China dan Filipina dibebaskan selepas sejumlah wang tebusan dibayar kepada kumpulan lanun berkenaan.

Mereka diculik pada Mac 2012 selepas kapal FV Naham 3 milik syarikat Taiwan dirampas oleh kumpulan lanun Somalia.

Anggota lanun dikenali sebagai Bile Hussein mendakwa, mereka menerima bayaran sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) bagi membebaskan kesemua tahanan itu, tetapi laporan tersebut tidak dapat disahkan.


Lanun Somalia, Tebusan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain