suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Maut, Bas Persiaran Rempuh Belakang Treler Di California

PALM SPRINGS (California): Seramai 13 orang maut selepas bas persiaran merempuh belakang sebuah treler di lebuh raya di selatan California pada Ahad, kata pihak berkuasa.

Ketua Patrol Lebuhraya California (CHP), Jim Abele memberitahu pemberita bahawa bas tersebut dalam perjalanan menghala ke barat di Interstate 10 semasa nahas berlaku dekat Palm Springs, sebuah bandar kira-kira 160 kilometer timur Los Angeles, California.

Abele berkata, punca nahas disebabkan bas berkenaan dipandu laju.

Katanya, pemandu bas merupakan antara 13 mangsa yang terbunuh.

Menurut Abele, beliau percaya 31 penumpang mengalami kecederaan ringan dan ada sebahagiannya cedera parah.

Abele berkata, bas terbabit telah diselenggara pada April lalu dan tiada petunjuk yang mengatakan punca nahas disebabkan masalah mekanikal. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain