suria

Bangkok Di Ancam Serangan Bom Kereta

Pasukan keselamatan Thailand meningkatkan kawalan susulan maklumat serangan bom kereta di negara itu. Pic EPA

BANGKOK: Pasukan keselamatan Thailand memperketatkan kawalan susulan maklumat kemungkinan akan berlaku serangan bom kereta di beberapa lokasi bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Srivara Ransibrahmanakul mengesahkan pihaknya menerima laporan pasukan risikan berhubung serangan yang dirancang antara 25 hingga 30 Oktober ini.

"Ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga lokasi di beberapa bandar utama dan wilayah berdekatan bandaraya ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam keadaan siap siaga dan telah diarah supaya meningkatkan kawalan keselamatan serta operasi risikan.

"Walaupun tiada sasaran khusus, kawalan lebih ketat dilakukan di kawasan tumpuan pelancong, kedutaan dan lokasi simbolik lain," katanya.

Beliau berkata demikan selepas mempengerusikan mesyuarat keselamatan selama kira-kira dua jam yang turut dihadiri pelbagai unit dalam pasukan polis, selain imigresen serta agensi awam lain.

Pada mesyuarat itu juga pihak berkuasa keselamatan negara itu telah diarahkan supaya memantau dengan rapi semua lokasi yang berpotensi menjadi sasaran, selain merangka pelan tindakan bagi menangani serangan itu.

Artikel Lain