suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak India Kepala Terkulai Jalani Kehidupan Baharu

Kisah penderitaan Ahirwar mendapat perhatian dari seluruh dunia sejak disiarkan Mei lalu. - MAIL ONLINE

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak India berusia 13 tahun yang pernah menarik perhatian dunia kerana menghidap penyakit unik yang menyebabkan otot lehernya lemah sehingga menyebabkan kepalanya terkulai, kini sudah menjalani kehidupan baharu.

Mahendra Ahirwar menderita penyakit ‘congenital myopathy’ sejak kecil dan terpaksa hidup dengan kepalanya tergantung 180 darjah.

Tetapi selepas kisahnya disiarkan oleh seorang wanita dari Liverpool, Julie Jones sejak Mei lalu dengan harapan mengumpul dana sebanyak 12,000 pound (RM61,500) bagi menjalani pembedahan, hidup Ahirwar mula berubah.

Ahirwar tidak lagi malu untuk hadir ke sekolah. - MAIL ONLINE

Bapanya, Mukesh memberitahu Mail Online, pembedahan untuk membetulkan lehernya anaknya telah berjaya dijalankan baru-baru ini.

"Ia merupakan satu keajaiban. Lehernya sudah lurus dan kehidupannya kini sangat berbeza.

"Sebelum ini kami rasa seperti akan kehilangannya. Ahirwar juga sudah yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana perasaan malu akibat lehernya lemah, sudah hilang," katanya.

Namun ibunya, Sumitra, 36, mengakui dia lebih rela anaknya mati jika pembedahan tersebut tidak berjaya.

"Saya tidak mampu melihat Ahirwar menderita lagi.

"Saya terpaksa membawanya seperti bayi ke mana-mana sahaja dan bagaimana jika dia sudah besar nanti?

"Jika doktor tidak mampu merawatnya, lebih baik Tuhan mengambil nyawa anak saya," katanya.

Disebabkan pembedahan tersebut telah berjaya, Ahirwa kini mula ke sekolah bersama adik dan kakakny, Surendra, 11, dan Manisha yang berusia 14 tahun.

Mahendra Ahirwar

Artikel Berikut

Artikel Lain