suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Jumpa Ular Dua Kepala

Ular dua kepala yang ditemukan oleh Brad Byers di sebuah universiti di Idaho pada 16 September lalu. - UPI

NEW YORK: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) terkejut besar apabila menemukan seekor ular berkepala dua ketika sedang bekerja di kawasan tempat letak kereta di sebuah universiti di Idaho, baru-baru ini.

Menurut laporan stesen televisyen KTVB, lelaki berkenaan, Brad Byers berkongsi video yang menunjukkan ular kecil tersebut yang ditemukan ketika memandu forklift.

"Pada awalnya saya menyangka ular itu cedera akibat dilanggar forklift.

"Tetapi apabila melihat dengan teliti, reptilia itu memiliki dua kepala," katanya.

Byers merupakan staf di universiti tersebut tetapi turut memegang rekod dunia bagi acara memasukkan pedang paling banyak ke dalam mulut.

Lelaki itu menjelaskan, ular tersebut masih kecil ketika ditemukan pada 16 September dan dia merancang untuk membelanya sehingga besar.

Bagaimanapun jenis ular itu tidak dapat dipastikan.

Ular Dua Kepala

Artikel Lain