suria

20,000 Tonton Aksi Menara Manusia

‘Concurs de Castells’ adalah pertandingan membina menara menggunakan manusia mencapai hampir 10 tingkat.

Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali di Tarragona, Timur Laut Sepanyol mengumpulkan 500 peserta bagi membentuk menara tersebut.

Pada abad ke-18, acara ini diadakan di daerah Catalonia dan ia dipercayai dimulakan sekumpulan penari.

Setiap kumpulan mempunyai warna baju tersendiri, menunjukkan kepelbagaian dalam gambar yang dirakam.

Selain peserta dewasa, peserta kanak-kanak turut serta membentuk menara dengan aksi tersendiri yang menarik perhatian ramai.

Tapak menara ini melibatkan ahli kumpulan yang kuat dan berat, ia dikukuhkan lagi dengan pegangan tangan yang erat. Manakala, peserta yang paling ringan, akan berada di atas sekali.

Mata diberikan berdasarkan kesusahan, ketinggian castell dan diberikan kepada kumpulan yang bertanding lebih lima kali.

Namun, pertandingan ini mempunyai risiko sendiri seperti kecederaan, terutama apabila mereka ingin meruntuhkan menara tersebut.

‘Concurs de Castells’ telah berada dalam senarai warisan budaya Unesco dan acara ini sentiasa menarik kehadiran lebih 20,000 penonton dari seluruh negara.

 

Sepanyol, Catalonia

Artikel Lain