Kes Tayangan Lucah Di Papan Iklan Disengajakan - Polis - Dunia | mStar

Kes Tayangan Lucah Di Papan Iklan Disengajakan - Polis

JAKARTA: Kes tayangan filem lucah di papan iklan elektronik di ibu negara Indonesia pada Jumaat lalu, dilakukan dengan sengaja, menurut siasatan awal pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komander Jeneral Ari Dono berkata, insiden memalukan itu berlaku akibat kecuaian dan disengajakan.

Bagaimanapun kata beliau, siasatan terperinci masih dijalankan.

Menurut Ari Dono, syarikat Transito Adiman Jati dikenalpasti sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan operasi papan iklan tersebut.

"Seramai sembilan saksi telah disoal siasat dan segala bukti berkaitan kes berkenaan juga telah diambil.

"Syarikat terbabit mendakwa sistem mereka telah digodam dan rakaman itu disiarkan oleh orang lain.

"Kita hanya perlu menunggu sehingga siasatan selesai. Setiap sistem mempunyai perlindungan, tetapi dalam kes ini mungkin berlaku kecuaian," katanya seperti dilaporkan portal Tribunnews.com.


Indonesia , Papan Iklan , Lucah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain