suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu Sayyaf Bebaskan Tiga Tebusan Indonesia

MANILA: Militan Abu Sayyaf membebaskan tiga lagi tebusan dari Indonesia yang ditahan sejak tiga bulan lalu, lapor kerajaan Filipina, seklali gus menjadikan seramai sembilan tebusan dibebaskan dalam tempoh dua minggu.

Perunding keamanan, Jeses Dureza berkata, ketiga-tiga tebusan itu diserahkan kepada kumpulan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) di Sulu pada Ahad.

Kumpulan MNLF merupakan kumpulan pemisah yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada wang tebusan dibayar kepada militan Abu Sayyaf bagi membebaskan tahanan tersebut.

Dalam tempoh dua minggu ini, militan yang bersekutu dengan pengganas Daesh itu telah membebaskan tiga rakyat Indonesia, dua rakyat tempatan dan seorang lelaki Norway yang diculik dari sebuah pusat peranginan pada tahun lalu.

Dua rakyat Kanada turut diculik dlaam kejadian berkenaan tetapi dipancung selepas wang tebusan tidak dibayar.

Pembebasan tiga tebusan Indonesia berkenaan dibuat ketika Tentera Darat Filipina (AFP) meningkatkan operasi mengusir anggota pemberontak di Sulu dan Basilan.

Presiden Rodrigo Duterter menjadikan militan Abu Sayyaf sebagai sasaran utama tentera dan enggan berunding dengan militan tersebut yang dilabelkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. - AFP



Abu Sayyaf

Artikel Berikut

Nama Dalang MH17 Bakal Didedah

Artikel Lain