suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Dibenar Main Pokemon Go Lengkapkan Pengajian

LONDON: Sebuah universiti di England membenarkan pelajarnya untuk bermain permainan video Pokemon Go sebagai sebahagian kursus ijazah.

Universiti Salford dalam kenyataannya berkata, permainan itu yang memerlukan pemain untuk mencari makhluk maya di serata tempat, akan membuatkan kursus perniagaan teknologi maklumat lebih mudah difahami.

Namun pengkritik mendakwa langkah itu merendahkan martabat ijazah walaupun profesor di Universiti salford, David Kreps mempertahankan usaha tersebut.

Beliau mahu pelajar baharu mengetahui bahasa subjek yang diajar mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan.

"Pokemon Go sangat sesuai digunakan dalam kaedah pembelajaran.

"Permainan itu melibatkan banyak maklumat sistem yang diakses menggunakan Internet, kamera digital dan pengesan lokasi," katanya.

Pokemon Go

Artikel Sebelum

Artikel Lain