Pasukan Pemadam Bertugas 24 Jam Kawal Kebakaran Ladang Di Riau

JAKARTA: Pasukan khas pemadam api telah dikerah bertugas 24 jam untuk mengawal kebakaran hutan yang sedang berlaku di 74 titik panas di wilayah Riau, Sumatera.

Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit itu dilaporkan mula mengakibatkan beberapa buah negeri di Malaysia mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap sederhana.

Media-media tempatan memetik Ketua Polis Riau, Supriyanto sebagai berkata pasukan khas yang dianggotai oleh Bomba, Polis, Tentera Darat dan Tentera Laut Indonesia itu dilaporkan berjaya mengawal kebakaran di 50 titik panas dan sedang bertungkus lumus untuk mengawal api di keseluruhan kawasan titik panas.

Antara kawasan titik panas yang sedang dipantau ialah daerah Bengkalis, Kotamadya Dumai, Kepulauan Meranti, Pelalawan, Rokan Hulu dan Siak.

Katanya pasukan khas juga menggunakan pelbagai kaedah kebakaran termasuk 'water bombing' dan pemadaman api secara manual.

Sementara itu menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) yang dikutip daripada www.bmkg.go.id, bacaan IPU di wilayah Pekan Baru, Riau dan Pontianak di Kalimantan pagi ini dilaporkan tidak sihat dengan catatan bacaan indeksnya ialah 160 dan 150.

Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini mengarahkan pasukan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit secara maksimum bagi memastikan masalah jerebu yang serius seperti tahun lepas tidak berulang.

Kerajaan Indonesia juga memgambil tindakan tegas dengan menangkap dan mendakwa mereka yang melakukan kebakaran ladang secara sengaja bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit.

Malaysia adalah antara negara yang serius dilanda jerebu akibat kebakaran hutan dan ladang di Indonesia selama empat bulan pada tahun lepas sehingga beberapa buah sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup apabila bacaan IPU berada di tahap sangat tidak sihat. - BERNAMA

kebakaran, Riau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain