suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan Cedera Disondol Lembu

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera selepas disondol seekor lembu jantan yang mengamuk.

Kejadian di Alfamen, Zaragoza itu sempat dirakam penduduk yang kemudian cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menangkap lembu berkenaan.

Kanak-kanak warga Romania yang tinggal secara tetap di bandar itu pada mulanya disondol di bahagian punggung.

Walaupun telah melarikan diri, lembu yang terlepas dari kandang itu masih mengejar mangsa dan sekali lagi menyondol di bahagian badannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke hospital kanak-kanak di Zaragoza.

Doktor yang merawat kanak-kanak tersebut membertiahu, mangsa berada dalam keadaan stabil kerana tiada kecederaan dalaman.

Zaragoza, Sepanyol

Artikel Lain