suria

Dua Ditahan Bergaduh Sebab Pokemon Go

SINGAPURA: Dua lelaki berusia 28 dan 33 tahun ditangkap kerana bergaduh mengenai permainan Pokémon Go. Ini adalah tangkapan pertama yang dibuat berkaitan aplikasi permainan popular itu.

Pada 14 Ogos 2016, pihak polis menerima panggilan melaporkan pergaduhan antara seorang pemandu kereta dan seorang pejalan kaki di pintu masuk tempat letak kereta Plaza Singapura.

Siasatan awal mendedahkan bahawa pejalan kaki itu sedang bermain Pokémon Go di telefon bimbitnya sambil melintas jalan.

Apabila pemandu kereta tersebut membunyikan hon terhadapnya, mereka mula bertelingkah dan bergaduh. Polis menahan kedua-dua lelaki di tempat kejadian.

Polis, dalam siaran akhbarnya juga sedar tentang beberapa laporan di media sosial melibatkan orang ramai yang melintas jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan mereka atau pengguna lain, meletak kereta sesuka hati atau secara amnya menyebabkan kesulitan kepada orang lain, didakwa kerana mahu menangkap Pokemon.
Pokemon Go, Plaza Singapura

Artikel Lain