suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anggota Tentera Cedera Dalam Serangan Bom Di Narathiwat

Pasukan keselamatan menyiasat lokasi kejadian serangan bom di Jalan Petchakasem berhampiran Kampung Sompoi di Bacho, Narathiwat, Isnin. -fotoAFP
NARATHIWAT: Dua anggota tentera cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kejadian serangan bom di Jalan Petchakasem berhampiran Kampung Sompoi di Bacho di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Bacho Kol Pattah Madawa berkata serangan bom pada 7.05 pagi (waktu tempatan) itu menyasarkan lapan anggota tentera yang menaiki empat motosikal ketika bertugas mengawal keselamatan guru.

"Bom seberat 5 kilogram itu diledakkan menggunakan walkie-talkie," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Bacho sebelum dipindahkan ke Hospital Ratchanakarin di sini.

Sebutir lagi bom seberat 20 kg diletupkan beberapa meter daripada lokasi kejadian pertama tetapi tiada anggota tentera cedera dalam serangan itu, katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain