suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Terkorban, 19 Cedera Dalam Serangan Resort Di Thailand

BANGKOK: Seorang wanita dan 19 yang lain cedera apabila dua butir bom meletup dalam kejadian di sebuah resort tepi pantai, di Hua Hin di sini, menurut polis.

Letupan berlaku menjelang cuti umum pada Jumaat sempena hari kelahiran Permaisuri Sirikit.

Hua Hin adalah tempat peranginan mewah yang popular di selatan Bangkok dan menjadi tumpuan ramai pada cuti hujung minggu.

Bom kedua meletup berhampiran bar kira-kira pukul 10.20 malam, membunuh seorang wanita warga Thailand, mencederakan 19 yang lain termasuk warga asing dan warga Thai, kata Ketua Polis Hua Hin Sitthichai Srisopacharoenrat kepada AFP.

Mereka yang cedera kini dirawat di sebuah hospital tempatan, katanya.

Letupan pertama berlaku kira-kira 20 minit sebelum itu pada jarak lebih kurang 50 meter dari tempat bom kedua meletup, katanya.

Tiada siapa yang cedera dalam letupan pertama.

Polis sedang menyiasat dan masih belum mengetahui motif atau identiti pengebom, katanya.

Dalam kejadian berasingan pada awal Khamis, sebutir bom meletup di sebuah pasar di selatan wilayah Trang di Thailand, mencederakan enam orang, kata polis.

Polis percaya letupan itu mempunyai kaitan dengan pertikaian tempatan.

Thailand telah mengadakan undian kurang dari seminggu lalu dalam referendum untuk menerima pakai perlembagaan yang disokong tentera, ujian pertama bagi Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha di peti undi sejak beliau merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada Mei 2014.

Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulayadej, yang berusia 88 tahun adalah raja yang memerintah paling lama di dunia dan isterinya Sirikit berada di hospital di Bangkok tetapi telah bermastautin di istana diraja Klai Kangwon, di Hua Hin sejak kebelakangan ini yang diterjemahkan sebagai 'jauh dari kebimbangan istana'.

Raja Bhumibol telah menerima rawatan kerana masalah jangkitan sejak beberapa bulan lepas di sebuah hospital di Bangkok.

Artikel Lain