suria

Pemuda Ditahan Ketika Panjat Menara Trump

NEW YORK: Seorang lelaki ditahan selepas tiga jam memanjat Menara Trump di sini, yang juga ibu pejabat serta kediaman calon presiden Amerika Syarikat mewakili Parti Republikan.

Lelaki yang mengenakan kemeja-T kelabu dan topi putih itu ditahan polis melalui sebuah tingkap yang terbuka di bangunan itu.

Menggunakan lima alat pelekap, lelaki itu mula memanjat di bahagian hadapan bangunan itu pada tengahari.

Pegawai Perhubungan Awam polis di sini, Sarjan Carlos Nieves menerusi tweetnya memaklumkan lelaki berkenaan telah ditahan.

Bagaimanapun, setakat ini, identiti lelaki itu belum diketahui, begitu juga motif kejadian berkenaan.

Ketika kejadian, jutawan bandaraya ini, Donald Trump berada di luar kota kerana menghadiri kempen di Virginia dan Florida.

Menerusi video yang dimuatnaik di YouTube bertajuk "Mesej kepada Encik Trump (kenapa saya memanjat menara anda)," kelihatan seorang lelaki yang memakai hood hitam berada di dinding bangunan itu.

"Sebab saya memanjat menara ini adalah untuk mendapat perhatian anda," kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'penyelidik bebas'.

Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan dua tingkap pada tingkat 21 bagi memboleh anggota polis menarik lelaki berkenaan pada kira-kira 6.35 petang.

Terdahulu, lelaki itu cuba mengelak daripada ditahan pihak polis apabila bertindak mengelilingi menara itu.

Trump yang menetap di aras 68, kedudukan paling tinggi menara itu yang turut menempatkan pejabat syarikat besarnya dan kempen pilihan raya beliau.




Artikel Berikut

12 Bayi Maut Dalam Kebakaran

Artikel Lain