suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Visa Haji, Umrah Naik Mulai 2 Oktober

JEDDAH: Berkuatkuasa 2 Oktober ini, kerajaan Arab Saudi akan menaikkan kadar visa bagi umat Islam yang menjalani haji dan umrah di negara itu.

Kelulusan berhubung perkara itu dibuat pada mesyuarat Kabinet negara berkenaan pada Isnin.

Media tempatan pada Rabu melaporkan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Putera Mahkota, Muhammad Naif.

Struktur bayaran baharu itu termasuk visa sekali masuk yang menelan kos SAR2,000 (RM2,150) dikenakan ke atas kesemua pelancong kecuali jemaah kali pertama.

Selain itu, bayaran visa pelbagai kemasukan bagi tempoh enam bulan pula berjumlah SAR3,000 (RM3,326), manakala untuk tempoh setahun adalah SAR5,000 (RM5,377) dan SAR8,000 (RM8,603) untuk tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, perubahan itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas perjanjian dua hala yang telah ditandatangani oleh Riyadh bersama negara lain.

visa, Arab Saudi, haji, umrah

Artikel Lain