suria

3,000 Pelancong Dipindahkan Dalam Kebakaran Perancis, Anggota Bomba Maut

- Gambar hiasan
TORREILLES (Perancis): Lebih 3,000 pelancong dipindahkan dari tapak perkkhemahan mereka di selatan Perancis, selepas kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan dikhuatiri merebak ke lokasi percutian mereka.

Seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan ke tempat kejadian, menurut seorang pegawai.


Angin kencang telah menyebabkan berlakunya kebakaran di Torreilles, Pyrenees-Orientales, di mana beribu-ribu pelancong Eropah dan Perancis dan lain-lain sedang berkhemah, dan 22 buah banglo telah musnah.

"Kami melihat asap ... orang-orang di tapak perkhemahan meminta kami meninggalkan kawasan itu, begitu juga kereta kami," kata seorang pelancong yang sudah bersara.

Anggota bomba yang dalam perjalanan ke tapak kebakaran pula meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta bomba yang dinaikinya hilang kawalan akibat masalah pada enjin.

Tiga anggota bomba sukarelawan yang dikejarkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai tempatan Helene Girardot kepada AFP.

Seramai 17 anggota bomba menderita akibat terhidu asap tebal dan dua lagi cedera apabila salah sebuah kanister gas meletup ketika mereka cuba memadamkan kebakaran.
kebakaran Perancis, bomba

Artikel Lain