Theresa May PM Baharu Britain - Dunia | mStar

Theresa May PM Baharu Britain

Theresa May.

THERESA May secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu selepas menghadap Ratu Elizabeth.

May dijemput oleh pemerintah Britain itu ke Istana Buckingham bagi membentuk kerajaan selepas David Cameron secara rasmi menyerahkan surat perletakan jawatan.

Beliau merupakan perdana menteri wanita kedua di Britain, selepas Tory Margaret Thatcher.

Theresa May (kiri) menghadap Ratu Elizabeth.

Terdahulu, dalam satu ucapan terakhir sebagai perdana menteri di Downing Street, Cameron menegaskan bahawa beliau berundur dalam keadaan negara ketika ini 'lebih kukuh'.

"Bukan mudah untuk pergi dan sudah tentu kita tidak mendapat setiap keputusan yang tepat. Tetapi saya percaya negara kita hari ini lebih kuat," ujar Cameron. 

May menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu bagi mengantikan David Cameron yang  terpaksa melepaskan jawatannya atas dasar prinsip sebaik sahaja rakyat negara itu dalam satu referendum 23 Jun lalu membuat keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotai oleh 27 buah negara. - Mail Online

Artikel Sebelum

Ketua IS Maut Dalam Serangan

Artikel Berikut

Mengenali PM Britain Yang Baru

Artikel Berkaitan

Mengenali PM Britain Yang Baru

Ibu Mertua Taikun Formula One Diculik