suria

Ketua IS Maut Dalam Serangan

BAGHDAD: Ketua militan IS, Omar Al-shishani (gambar) dilpaorkan terbunuh selepas mengelamai kecederaan parah dalam serangan udara di Iraq pada Rabu.

Shishani atau lebih dikenali sebagai Omar Chechen terbunuh selepas satu serangan udara mensasarkan konvoinya.

Menurut sumber agensi berita Amaq, serangan udara terhadap Shishani merupakan kempen tentera dalam membebaskan bandar Mosul yang dikawal militan.

Amaq bagaimanapun  tidak memaklumkan butiran penuh kematian Shishani tetapi pemergian ketua militan IS tersebut menjadi tamparan hebat bagi kumpulan jihad berkenaan.

Selain itu, tentera Iraq sedang menjalankan operasi terakhir bagi membebaskan Mosul iaitu bandar kedua yang jatuh  ketangan IS pada Jun 2014. - AFP

IS, terbunuh, Iraq

Artikel Berikut

Theresa May PM Baharu Britain

Artikel Lain