suria

Jemaah Tarekat Naqsyabandiah Raya Hari Ini

PADANG: Anggota jemaah tarekat Naqsyabandiah di sini telah mengadakan takbir hari raya pada Isnin malam, sekali gus menamatkan puasa mereka.

Pengikut tarekat berkenaan juga menunaikan solat Aidilfitri pada Selasa.

Ketua Naqsyabandiah Sumatera Barat, Syafri Malin Mudon mengarahkan jemaahnya menunaikan solat sunat hari raya hari ini.

Bermula pukul 7 pagi (waktu tempatan) anggota jemaah tarekat berkenaan telah menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Baitul Makmur Pasar Barau di Pauh.

Sementara itu, Ketua Pejabat Kementerian Agama Padang, Japeri Jarap pula menggesa penduduk bersabar dalam menangani perbedaan akhir Ramadan dan awal Syawal.

Menurutnya, yang paling penting ialah menjaga suasana harmoni antara masyarakat.

Sementara itu, salah seorang ahli jemaah, Elli Ujang berkata, mereka telah berpuasa selama 30 hari kerana berpuasa awal dua hari.

Bagaimanapun kata Elli, dia dan rakannya yang lain tetap menghormati penduduk yang masih berpuasa.

tarekat, Naqsyabandiah, Padang, Aidilfitri

Artikel Lain