suria

Sports Direct, Modell Bincang Bida Sports Authority-WSJ

WALL Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa pengedar pelbagai jenama barangan sukan, British Sports Direct dan Modell Sporting Goods di New York sedang berunding untuk membeli sebanyak 200 buah kedai milik Sports Authority yang berdepan dengan masalah bankrap.

Menurut Journal, bidaan untuk pajakan kedai-kedai Sports Authority dijangka akan berlangsung pada Khamis. (http://on.wsj.com/28K7uTq ).

Pada awal Mac lalu, Sports Authority memfailkan Bab 11 bagi perlindungan dalam menghadapi persaingan secara talian yang semakin meningkat, terpaksa menutup kedai-kedai yang 'lemah' dan mencari pembeli.

Bagaimanapun Sports Direct, Modell Sporting Goods dan Sports Authority belum memberi sebarang kenyataan mengenai laporan tersebut. -Reuters

Artikel Lain