suria

Mati Ditembak 'Hadiah' Hari Bapa Pegawai Kanan Tentera Filipina

ZAMBOANGA: Pegawai kanan tentera Filipina berpangkat kolonel mati ditembak ketika pulang ke kediamanannya untuk menyambut Hari Bapa pada Ahad malam.

Leftenan Kolonel Cristobal Julian Paolo "Tiny" Perez, ditembak pada kira-kira pukul 9.20 malam di Persiaran Buenbrazo, Barangay Guiwan disini.

Pegawai berusia 46 tahun itu bersama isterinya, May ketika kejadian itu berlaku.

"Dia diisytiharkan meninggal dunia pada 10.45 malam di Hospital Zamboanga," kata Ketua Polis bandar ini, Superitendan Luisito Magnaye.

Perez adalah komander G1 dari Divisyen Infantry Tabak Pertama di Pulacan, Zamboanga del Sur.

Artikel Lain