suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Yu Mati Selepas Penjaga Pantai Heret Untuk Bergambar

SINGAPURA: Seekor ikan yu terbunuh selepas penjaga pantai di Republik Dominican mengheret keluar haiwan itu dari air hanya untuk mengambil gambar.

Kejadian itu dapat dilihat menerusi video yang menunjukkan sekumpulan tujuh lelaki bergegas ke laut untuk menangkap haiwan berkenaan.

Video tersebut dimuat naik di YouTube pada Selasa lepas (14 Jun).

Kejadian itu dikatakan berlaku di pantai berhampiran sebuah hotel di hujung timur Republik yang terkenal dengan pantai bersih dan air yang jernih.

Apabila berada di pantai, ikan yu itu dilihat menggelupur kesakitan di atas pasir.

Kumpulan lelaki berkenaan dilihat cuba mengikat haiwan tersebut dengan tali.

Pelampung keselamatan juga diletakkan di bahagian muncung manakala dayung kayu telah digunakan untuk membuka rahangnya.

Kumpulan penyelamat itu kemudiannya mengambil gambar dengan ikan yu yang tidak berdaya itu sebelum mereka disertai oleh pelancong dan sekumpulan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa jurucakap hotel berkata pihak pengurusan resort menyedari kejadian itu dan telah mengambil "langkah-langkah pembetulan" terhadap kakitangannya yang terlibat. -The Straits Times/Asia News Network

Ikan Yu, Penjaga Pantai

Artikel Sebelum

Artikel Lain