suria

Penumpang, Anak Kapal China Air Cedera Akibat Gelora Udara

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya 17 orang cedera apabila sebuah pesawat mengalami gelora udara ketika dalam penerbangan dari Frankfurt ke Shanghai pada Isnin.

Penerbangan CA936 Air China dijadual berlepas pada pukul 8 malam waktu Frankfurt dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong pada pukul 12.55 malam - penerbangan mengambil masa kira-kira 11 jam.

Pesawat itu berhadapan gelora udara yang teruk hingga mengakibatkan kecederaan kepada empat lelaki dan 13 penumpang wanita termasuk pasangan senior warga Jerman yang berumur 70 tahun ke atas.

Mangsa yang cedera adalah "penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar dan pramugari yang membuat rondaan kabin dan berurusan dengan penumpang," kata China Air menerusi kenyataan pada Isnin.

"Anak-anak kapal menghantar notis kecemasan kepada menara kawalan dengan segera," katanya lagi.

Sehingga pukul 2 petang Isnin, empat penumpang dan dua kru penerbangan masih berada di hospital untuk pemerhatian dan rawatan.

Dua penumpang lain telah dibenarkan pulang. -China Daily/News Network Asia

peawatairsetia

Artikel Lain