suria

Obama Ketuai Penghormatan Global Muhammad Ali

Obama menulis cacatan berikutan pemergian Muhammad Ali di Rumah Putih dalam bilik yang turut menggantung gambar legenda tinju dunia itu.

LOISVILLE: Presiden Barack Obama mengetuai penghormatan global ke atas pemergian legenda tinju dunia Muhammad Ali, ketika persediaan dibuat untuk majlis pengebumiannya di bandar kelahirannya di Kentucky di sini.

Juara tinju heavyweight dunia tiga kali dan aktivis hak asasi pelbagai kaum, meninggal dunia pada usia 74 tahun selepas sekian lama bergelut dengan penyakit Parkinson.

Atlet ini dimasukkan ke sebuah hospital di Arizona awal minggu ini akibat masalah pernafasan.

Kerjaya tinjunya yang menjangkau tiga dekad diingati ramai, bukan sahaja masyarakat umumnya, malahan pemimpin politik, atlet dan pengulas sukan dunia sehinggalah bintang terkenal Hollywood.

Bandar kelahirannya turut menurunkan bendera separuh tiang tanda penghormatan, ketika peminat berpusu-pusu melawat rumah keluarganya yang kini dijadikan muzium.

"Muhammad Ali adalah 'The Greatest'. Perkara itu tidak disangkal lagi," kata Obama dalam kenyataan peribadi luar biasa di mana beliau mengatakan menyimpan sepasang sarung tangan tinju Ali dan gambar dalam bilik bacaannya.

Presiden Amerika Syarikat itu memuji Ali kerana integritinya, mengatakan beliau "berdiri apabila ia agak sukar, mengeluarkan pendapat apabila semua orang tidak melakukannya."

"Perjuangannya di luar gelanggang menjejaskan gelaran dan pendirian umumnya. Ia mendatangkan musuh di kiri, kanan, menyebabkannya dicerca dan hampir menyumbatnya ke penjara. Namun Ali tetap dengan pendiriannya.

"Kejayaannya menjadikan kita biasa dengan Amerika yang kita kenali pada hari ini," kata Obama. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain