suria

Temui Janin, Mayat Kanak-Kanak Selepas 12 Hari Gali Kubur Besar

TETELCINGA: Selepas 12 hari menggali, pasukan forensik Mexico menemui 117 mayat termasuk dua kanak-kanak dan janin dalam sebuah kubur besar yang dibuat pihak berkuasa negara itu pada 2014.

Kini, pasukan sama sedang mengesan satu lagi mayat di kawasan perkuburan dekat bandar ini, di tengah Morelos.

Kes ini menimbulkan kemarahan di Mexico selepas lebih 28,000 orang dilaporkan hilang.

Kewujudan kubur itu hanya diketahui pada November 2015.

Peguam Negara Morelos, Javier Perez, berkata, janin bayi perempuan berusia 36 minggu yang hampir cukup bulan itu ditemui mati di atas jalan pada 2012 di Bandar Cuernavaca.

Selain itu, mayat dua kanak-kanak yang ditemui itu masing-masing budak lelaki berusia dua tahun dan perempuan tujuh tahun.

Kanak-kanak perempuan tujuh tahun itu pula ditemui pada 26 Disember 2012, antara Cuernavaca dan Jiutepec dengan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan di dada.

Budak lelaki berusia dua tahun itu ditemui di dalam sungai pada April 2013, dengan kematian disebabkan oleh kecederaan di kepala.

Mayat kedua-dua kanak-kanak berkenaan tidak dituntut. 

Undang-undang Mexico membenarkan pihak berkuasa mengebumikan mayat yang tidak dikenal pasti dan tidak dituntut, namun wujud kejanggalan dalam kes di Tetelcingo.

Selepas menerima tekanan, pihak berkuasa bersetuju menggali semula mayat dan membuka siasatan. Sususlan itu, dua bekas pegawai dari pejabat pendakwa negeri sedang disiasat berhubung kes berkenaan. - AFP


Morelos, Mexico, kubur, Javier Perez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain