suria

Tisu Tandas Wajah Trump Laris

BEIJING: Kenyataan Donald Trump yang pernah mengudang kemarahan syarikat China mendorong penghasilan tisu tandas yang memaparkan wajah calon presiden Parti Republikan itu.

Tisu tandas 'Dump with Trump' yang memaparkan pelbagai ekspresi muka calon Presiden Amerika Syarikat itu dengan harga 50 sen setiap gulung.

Sejak memasuki pasaran Februari lalu, Qingdao Wellpaper Industrial Co. yang berpangkalan di wilayah Shandong ternyata berpuas hati apabila produk itu mencatatkan kenaikan jualan.

Jurucakap Qingdao memberitahu China Daily, syarikat tersebut menerima 100 gulung tempahan pada permulaan penjualan dan tempahan kini meningkat ke 5,000 gulung pesanan.

Antara yang mengunakan produk itu ialah bintang bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat, Sydney Leroux yang berpuas hati dengan produk itu.

Atlet itu memuat naik gambar tisu tandas itu di laman Instagramnya bulan lalu.

Menurut syarikat itu lagi, kebanyakan pembeli adalah dari Amerika Syarikat.

Selain wajah Trump, Qingdao turut menjual tisu tandas yang memaparkan wajah calon presiden mewakili parti Demokrat Hilary Clinton.

Bagaimanapun menurut syarikat itu, purata penjualan adalah lebih rendah daripada Trump iaitu enam daripada satu.




Artikel Lain