suria

Pedofilia: Huckle Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Richard Huckle.

LONDON: Pesalah pedofilia warga Britain yang mencabul kanak-kanak miskin di kawasan setinggan di sekitar Kuala Lumpur berdepan hukuman penjara seumur hidup pada Jumaat.

Richard Huckle, 30, mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan kesalahan seks terhadap kanak-kanak termasuk rogol dengan mensasarkan kanak-kanak ketika menjalankan kerja amal sebagai sukarelawan yang membantu masyarakat Kristian di Malaysia.

Huckle memuat naik gambar penderaan kanak-kanak lelaki dan perempuan di laman web True Love Zone (TLZ) dengan mangsa termuda dipercayai berusia sekitar enam bulan.

Kegiatan tidak senonoh Huckle berjaya dibongkar pasukan penyiasat Australia menerusi laman web gelap.

Semasa sesi pendengaran di Mahkamah Jenayah Tengah London sebelum ini, Huckle mensasarkan kanak-kanak miskin sebagai mangsa sejak sembilan tahun lalu dan menulis panduan penderaan kanak-kanak yang mahu diterbitkannya demi mengaut keuntungan.

"Kanak-kanak misikin pastinya lebih mudah untuk digoda berbanding kanak-kanak kelas pertengahan di negara Barat," katanya dalam laman sembang secara dalam talian.

Huckle turut merancang untuk 'membentuk' salah seorang mangsa menjadi isteri yang sempurna supaya dia boleh meneruskan kegiatannya.

Penyiasat mengenal pasti daripada 23 mangsa dalam kes tersebut, 22 merupakan warga Malaysia dan seorang dari Kemboja.

Berdasarkan pergakuan Huckle, 22 kesalahan yang dilakukannya memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

Richard Huckle, pedofilia

Artikel Lain