suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala Lelaki Tersangkut Di Dalam Lubang Pengering Mesin Basuh

FUJIAN: Seorang lelaki di China terpaksa diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas kepalanya tersangkut di dalam lubang pengering sebuah mesin basuh, lapor sebuah portal berita bahasa Cina.

Menurut laporan itu, lelaki tersebut dikatakan memasukkan kepalanya ke dalam lubang berkenaan untuk memeriksa dram pengering selepas mengesyaki sesuatu terperangkap di bahagian bawah.

Namun dia gagal mengeluarkan semula kepalanya selepas itu.

Insiden berlaku pada tengah hari Sabtu di bandar Fuqing di wilayah selatan Fujian.

Rakan serumah lelaki itu cuba membantu mengeluarkan kepala mangsa tetapi gagal.

Unit kecemasan setempat menghantar sepasukan anggota bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Anggota bomba menjumpai seorang lelaki sedang terbaring di atas lantai dengan kepalanya tersangkut di dalam lubang pengering mesin basuh sebaik tiba di lokasi kejadian.

Mereka mengambil masa selama 40 minit untuk mengeluarkan kepada mangsa dengan memotong bahagian luar plastik dan juga dram pengering.

lubang pengering, mesin basuh, Fujian

Artikel Lain