suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Tembak Mati 12 Penyokong Real Madrid

KUMPULAN militan dilapor menembak mati 12 penyokong Real Madrid ketika mereka sedang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Iraq pada Sabtu.

Empat lelaki bersenjata didakwa telah melepaskan tembakan rambang selepas memecah masuk kelab penyokong Real Madrid di Baquba yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Baghdad.

Ketua kelab penyokong itu Ziad Albidani memberitahu, serangan itu dilakukan ketika penyokong sedang menunggu sepakan penalti disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo.

Akibat serangan tersebut, seramai lapan lagi penyokong Real mengalami kecederaan.

Militan itu dipercayai daripada kumpulan IS kerana mereka mengibarkan bendera selepas serangan dilakukan.

Sementara itu, Presiden Real Madrid Florentino Perez berkongsi kemenangan kelab berkenaan penyokongnya dari Iraq.

Beliau juga mengangkat piala yang dimenangi sambil mendidekasikan kemenangan kepada penyokong yang terkorban.



Real Madrid

Artikel Lain