suria

PM Pakistan Jalani Pembedahan Jantung

Nawaz Sharif.

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif akan menjalani pembedahan jantung terbuka di London pada Selasa depan, menurut keluarganya dan laporan media.

Ia akan menjadi pembedahan jantung buat kali kedua bagi Sharif dalam tempoh lima tahun.

Anak perempuan Sharif, Maryam Nawaz Sharif menerusi Twitternya berkata, ia akan menjadi pembedahahan jantung terbuka kerana beliau mengalami komplikasi daripada pembedahan sebelum ini pada 2011.

"Doa merupakan ubat yang paling mujarab. Berjuta-juta mendoakan beliau," katanya di Twitter.

Akhbar Dawn memetik Menteri Pertahanan, Khawaja Asif sebagai berkata, Sharif akan dimasukkan ke hospital selama seminggu bagi menjalani pembedahan itu dan akan kembali ke Pakistan selepas mendapat kebenaran doktor. - Reuters

Nawaz Sharif

Artikel Lain