suria

Kanak-Kanak Disambar Kilat Ketika Berteduh Bawah Pokok

Polis menutup pintu ke Parc Monceau - lokasi sekumpulan kanak-kanak disambar kilat.

SEORANG kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal selepas disambar kilat ketika sedang berteduh di bawah pokok di Parc Monceau, Paris.

Doktor kecemasan, Pierre Carli berkata, tiga lagi kanak-kanak turut mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

"Kumpulan yang terdiri daripada 10 kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa sedang berlindung di bawah pokok ketika hujan selepas menghadiri majlis hari jadi pada pukul 3 petang.

"Ketika itu, kilat telah menyambar pokok tersebut dan dilapor turut terkena mereka yang sedang berlindung daripada hujan," jelasnya.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Necker untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, di Jerman, tiga lelaki dewasa termasuk pengadil perlawanan bola sepak dikejarkan ke hospital selepas disambar kilat.

Pengadil tersebut yang berusia 45 tahun dilaporkan kritikal akibat disambar kilat ketika sedang mengadili perlawanan bola sepak berkenaan.

Paris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain